Pada tarikh 03 Oktober 2024, Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Kedah telah mengadakan Majlis Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul 1446H bertempat di Dewan Serbaguna PRP Kuala Muda. Ahli panel yang telah dijemput ialah Tuan Sheikh Ahmad Muzammil bin Yub, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda dan PPP Azahari bin Malim, Ketua Bahagian Pemulihan PRP Kuala Muda manakala SJN Affendy bin Md Akhir selaku moderator. Antara tajuk yang telah dibincangkan ialah mengenai sejarah kelahiran Rasulullah S.A.W serta cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan ajaran Islam. Turut hadir pada program tersebut ialah, PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, PP Zaini bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, TPP Rafiee bin Abdullah, Penjara Pokok Sena serta Pegawai-Pegawai Parol Daerah dan kakitangan institusi penjara negeri Kedah.










