Penentuan dan Pengesahan Arah Kiblat peringkat Penjara Sungai Buloh telah diadakan pada 24 September 2024 oleh Unit Agama Penjara Sungai Buloh dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor. Penentuan arah kiblat ini melibatkan 16 blok iaitu keseluruhan blok-blok penghuni dan blok pengurusan Penjara Sungai Buloh. Terima kasih kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh Tuan Nik Robidin Bin Ab Rahman di atas sokongan sepenuhnya kepada penentuan dan pengesahan arah kiblat ini.










