| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor Ke Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang

Lawatan Kerja Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor Ke Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang telah diadakan pada hari Selasa, 8 Oktober 2024 bermula jam 10.00 pagi. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat perlaksanaan Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang. Lawatan dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ayat suci al-Quran dan ucapan aluan oleh Encik Razman bin Mohamad, Pegawai Psikologi Penjara Kajang. Delegasi BPI JAIS yang diketuai oleh Tuan Haji Abd Halim Bin Saljadi, Ketua Sektor Pengurusan Akademik BPI JAIS telah diberikan taklimat pengoperasian dan pembentangan program tahfiz yang disampaikan oleh Ustaz Wan Khairuddin Bin Wan Mahmood selaku penyelaras Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang. Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama yang erat antara Jabatan Agama Islam Selangor dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam meneruskan kesinambungan pembelajaran Al-Quran sehingga ke peringkat tahfiz di dalam penjara.