Pada 25 September 2024 telah diadakan Majlis Pentauliahan Pasukan Siswa dan Siswi Koreksional (SISKOR) Institusi Pengajian Tinggi Awam Tahun 2024 dan disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Seri Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bertempat di Universiti Utara Malaysia. Seramai 267 Pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) dari lima buah universiti awam iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Universiti Malaysia Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menerima watikah pentauliahan. Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) kepada 267 pelatih Siskor telah diadakan di Dewan Muadzam Shah (MAS), UUM dan disempurnakan oleh Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad bin Sakdan (Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia), YBhg. Dato' Dr.Razli bin Che Razak (Naib Cancelor Universiti Malaysia Kelantan), TKP Mohamad Rosidek bin Musa (Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme), TKP Nor Haizan bin Md Isa (Pengarah Penjara Pokok Sena), Pengarah-Pengarah Negeri, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara dan Pegawai-pegawai Kehormat. Penyempurnaan Majlis Pentauliahan kepada 5 Kadet terbaik dan 27 Penerima Pangkat Kehormat. Mendahului senarai penerima anugerah Pingat Komisioner Kehormat Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad.