| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul Prospek Penjara Kajang 1446H/ 2024M

Sambutan Maulidur Rasul Prospek Penjara Kajang 1446H/ 2024M telah diadakan pada hari Rabu, 2 Oktober 2024 bermula jam 9.00 pagi. Program dimulakan dengan perarakan prospek bermula di padang dan berakhir di Surau at-Taqwa. Pertandingan perarakan dan sepanduk telah dihakimi oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Najmul Khairi, Guru Takmir Penjara Kajang. Program diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan. Program turut diserikan lagi dengan kehadiran PKP Muhammad Khalid Bin Muhammad, Ketua Bahagian Korektif & Pemasyarakatan Penjara Kajang, PP Mohd Fairoz Bin S Daly, Ketua Seksyen Keselamatan dan Ketenteraman Penjara Kajang, KIP Mohd Shahril Bin Yahaya, Ketua Unit PPI Penjara Kajang dan Tuan Haji Mohd Noor Ikhram Bin Husin, Pegawai Psikologi Penjara Kajang. Program diakhiri dengan alunan ayat suci al-Quran, persembahan qasidah, sesi penyampaian cenderahati dan jamuan. Seramai 180 orang prospek bersama dalam program ini.