RABU, 25 September 2024 – Unit Pemulihan Penjara Bentong telah menganjurkan Karnival Sukan Peringkat Prospek Penjara Bentong 2024. Karnival sukan antara prospek ini telah berlangsung hampir sebulan yang melibatkan hampir 300 orang prospek yang menyertainya.
Program ini dirasmikan oleh PKK Jorennedy Sylvester, Timbalan Pengarah Penjara Bentong yang diiringi oleh TPP Nor Azimah Binti Abdul Hamid, Timbalan Penguasa Penjara Bentong. Hadir bersama bagi menjayakan Program Karnival Sukan Peringkat Prospek Penjara Bentong KIP Muhamad Bin Hamzah, Ketua Unit Pemulihan serta pegawai kanan dan anggota unit pemulihan.
Program Karnival Sukan Peringkat Prospek Penjara Bentong ini telah menjadi program acara tahunan dalam kalangan prospek di Penjara Bentong. Program sebegini bertujuan untuk membantu mereka dari segi pemulihan psikologi di samping meningkatkan kesihatan prospek dari segi rohani dan jasmani.
Pelbagai acara telah dipertandingkan dalam program karnival sukan ini. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, futsal, gusti lengan, bina badan dan diakhiri dengan acara sukaneka pada hari penutupan program.