Pada 25 September 2024 (Rabu), telah diadakan Program Muzikal Muhibah Jabatan Penjara Malaysia Zon Sarawak 2024 bertempat di Dewan Kompleks Islam, Sibu, Sarawak. Program ini merupakan sebahagian daripada program pemulihan dan terapi kepada prospek selain dapat mencungkil bakat mereka dalam bidang seni, persembahan, lakonan, muzik dan nyanyian.
Sebanyak 6 institusi telah menyertai program pada kali ini iaitu Penjara Puncak Borneo, Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Miri, Penjara Limbang, Pusat Koreksional Bintulu dan Penjara Pusat Sibu selaku Pengelola Majlis dengan melibatkan seramai 46 prospek di Negeri Sarawak.
Keputusan penuh adalah seperti berikut:
Johan: Penjara Pusat Sri Aman
Naib Johan: Penjara Limbang
Ketiga: Pusat Koreksional Bintulu
Saguhati: Penjara Pusat Sibu
Saguhati: Penjara Puncak Borneo
Saguhati: Penjara Pusat Miri
Anugerah Khas:
1) Sinografi Terbaik: Pusat Koreksional Bintulu
2) Muzikal Terbaik: Penjara Pusat Sri Aman
3) Pengarahan Terbaik: Penjara Pusat Sri Aman
4) Pelakon Terbaik:
Awang Yussuf bin Awang Bujang (Pusat Koreksional Bintulu)
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh KP Hafidz bin Othman Pengarah Bahagian Korektif, IPPM diringi TKP Teyun Thian Eim Pengarah Penjara Sarawak dan PKP Mohd Rusli bin Abd. Rahman Pengarah Penjara Pusat Sibu. Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang.