| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelaksanaan Program Profiling & Re-Entry Prospek (OBB) Dengan Kerjasama Perkeso Sarawak Dan Pusat Koreksional Bintulu / PPK/ PPA

Pada 24 hingga 25 September 2024, telah diadakan Program Profiling & Re-entry Prospek dengan kerjasama PERKESO Sarawak dan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendaftar Banduan institusi. Antara pengisian program adalah Sesi Profiling & Kebolehpasaran dan Pengenalan Portal MYFutureJobs yang oleh pihak PERKESO Sarawak iaitu Puan Ann Faustina anak Rijed, Puan Nurabiatul Adawiyah binti Dabeny dan Puan Azia Lydia binti Abdul Gapar. Manakala bagi sesi temuduga pula telah melibatkan tiga (3) pegawai iaitu Encik Yu Hee Chong, Puan Florence Albert Jampang, dan Puan Sharon anak Jaret daripada Syarikat Rich Million Corporation Sdn. Bhd. serta Encik Mohamad Salif Hussein bin Salleh daripada Syarikat H-5 Wood Processing Sdn. Bhd. (temuduga secara online). Beberapa OBB yang terpilih telah terlibat dalam sesi temuduga pada kali ini dan semua OBB telah lulus dalam temuduga tersebut. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi itu telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari.