Pada 24 September 2024 (Selasa), Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Kursus Modular: Penternakan Burung Puyuh kepada 23 peserta daripada kakitangan dan prospek Fasa 2 bertempat di Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dalam usaha meningkatkan pengetahuan dalam bidang penternakan burung puyuh. Penyelaras Kursus merangkap penceramah ialah Dr. Carlina Freddie Simol@Rachellynna, Pegawai Pertanian Kanan Pusat Pertanian Putra UPMKB. Antara pengisian kursus adalah pengenalan perumahan dan pengurusan ternakan puyuh, pemakanan, pengurusan kesihatan puyuh, dan pengurusan anak puyuh selepas penetasan (perindukan, pembesaran dan pemberian makanan). Selain itu, sesi praktikal/ amali peserta telah didedahkan mengenai teknik pemilihan telur puyuh untuk tujuan pengeraman dan penetasan, pendedahan teknik pembuatan/ penghasilan inkubator secara manual dan kecil-kecilan serta praktikal pembuatan kompos melalui bahan sarap puyuh. Kursus ini juga diadakan bagi memenuhi keperluan latihan kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada kakitangan dan prospek yang berminat untuk mengusahakan penternakan puyuh selain dapat dijadikan panduan dan persediaan bagi prospek apabila dibebaskan kelak.