Matomo

Kunjungan Hormat Pengarah Penjara Negeri Kedah & Pengarah Penjara Pokok Sena Ke Atas Sahibus Samahah YBhg Dato' Paduka Syeikh Fadzil B. Hj. Awang, Mufti Negeri Kedah

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Pengarah Penjara Negeri Kedah & Pengarah Penjara Pokok Sena Ke Atas Sahibus Samahah YBhg Dato' Paduka Syeikh Fadzil B. Hj. Awang, Mufti Negeri Kedah

Pada 04 September 2024 (Rabu), bertempat di Jabatan Mufti Negeri Kedah, telah diadakan kunjungan hormat keatas Sahibus Samahah YBhg. Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Hj. Awang, Mufti Negeri Kedah dan Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyauddin, Timbalan Mufti Negeri Kedah. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak bagi membincangkan perkara berhubung penubuhan Sekolah Tahfiz di Penjara Pokok Sena. Kunjungan hormat ini telah dihadiri oleh TKP Zainah Binti Pardi, Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Nor Haizan Bin Md Isa, Pengarah Penjara Pokok Sena, Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Pokok Sena dan Pegawai Agama Penjara Pokok Sena. YBhg. Dato' Paduka Mufti bersetuju untuk membantu penubuhan Sekolah Tahfiz di penjara serta program - program keagamaan untuk melahirkan ummah sejahtera apabila prospek dibebaskan kelak.