Pada 04 September 2024 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Sukan serta Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-67 Peringkat Orang Diselia(ODS) Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Kedah. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda Kedah dengan penglibatan seramai (223) ODS. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam semangat patriotisme di kalangan ODS di PRP Kuala Muda, Kedah. Majlis sambutan kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda Kedah iaitu PP Abdul Ghani bin Md Isa. Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan daripada ODS seperti nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi sajak dan karaoke. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua PRP Kuala Muda PPP Wirat a/l Eh Won, Pegawai Pemulihan PRP Kuala Muda, PPP Azahari bin Malim dan SJN 13675 Affendy bin Mat Akhir sebagai penyelaras program. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua PRP Kuala Muda kepada pemenang pertandingan karaoke dan juga johan / naib johan bagi kategori Sukan Peringkat Penghuni PRP Kuala Muda, Kedah.










