Ceramah Kemerdekaan 2024 "Merdeka Dunia, Merdeka Akhirat" Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 28 Ogos 2024 bersamaan 23 Safar 1446H. Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan kemerdekaan hakiki yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Haji Amir Adili bin Haji Mohd Noor, Pegawai Kader JAKIM, Bahagian Agama dan Kaunseling, IPPM. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Firdaus bin Abdullah, Ketua Unit Agama mewakili Pengarah Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Seramai 200 orang penghuni terlibat dalam program ini.










