Matomo

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang Pusat Koreksional Jasin

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang Pusat Koreksional Jasin

19 Ogos 2024 (Isnin), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 67 dan Kibar Jalur Gemilang. Sambutan dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya, lafaz ikrar dan bacaan doa oleh Orang Diselia (ODS). Majlis sambutan bulan kemerdekaan diteruskan dengan ucapan oleh PKP Mohd Idlan bin Jamil Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan diiringi dengan gimik pelancaran memotong reben Jalur Gemilang. Seterusnya PKP Mohd Idlan bin Jamil melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan Jabatan. Majlis diakhir dengan sesi bergambar bersama kakitangan.