| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pengarah Pusat Koreksional Dungun Ke Pusat Koreksional Jasin

Pada 16 Ogos 2024 (Jumaat), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah menerima Lawatan Kerja dari Pusat Koreksional Dungun, Terengganu diketuai oleh PKP Ahmad Zulkarnaian bin Abdul Khalid, Pengarah Pusat Koreksional Dungun bersama (2) orang kakitangan. Lawatan tersebut telah disambut oleh PKP Mohd Idlan bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin bersama PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan Projek Taman Dalam Penjara “Green Prison” daripada Encik Muhammad Shukri bin Roslan di Bilik Mesyuarat Cempaka. Seterusnya, lawatan ke tapak Projek Taman Dalam Penjara “Green Prison”, blok, bengkel, kawasan tanaman nanas dan kolam ternakan ikan air tawar. Lawatan diakhiri dengan menandatangani Buku Pelawat dan penyampaian cenderamata di Pintu Utama.