Pada 31 Ogos 2024, Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia Negeri Kedah diwakili oleh (33) pegawai dan anggota yang terdiri daripada kakitangan PPN Kedah, Penjara Pokok Sena, Penjara Alor Setar, Penjara Sg Petani, Akademi Koreksional Malaysia dan PRP Kuala Muda telah menyertai perbarisan Hari Kebangsaan. Kontinjen Penjara Negeri Kedah telah diketuai oleh Ketua Inspektor Penjara Mohd Azizul bin Yop Ahmad.
Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia Negeri Kedah turut menjuarai pertandingan pembarisan kategori Badan Beruniform dan membawa balik sebuah trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM 3,000.00. Pihak PPN Kedah mengucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan usaha semua terutamanya Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Kedah.