Pada 25 Ogos 2024 hingga 29 Ogos 2024, seramai (25) ODS telah menyertai Program Latihan Madani Scope Fasa Pertama Tahun 2024 (Kursus Digital Challenge) yang dianjurkan oleh HRD Corp (Kementerian Sumber Manusia) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Syarikat Mentic Holdings Sdn. Bhd. yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tenaga pengajar untuk kursus tersebut ialah Encik Mohd Syahril bin Kamarudin dan Encik Muhammad Hisyamuddin bin Mokhtar. Dalam kursus tersebut, ODS telah didedahkan dengan bagaimana cara-cara untuk pemasaran produk-produk perniagaan secara dalam talian (online marketing) dengan lebih berkesan. Majlis penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta kursus telah diadakan pada 29 Ogos 2024 di Dewan PRP Kuala Muda, dan telah disempurnakan oleh PKP Shaharudin Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah. Pihak Syarikat Mentic Holdings juga turut menyumbangkan (10) unit laptop untuk kegunaan Orang Diselia PRP Kuala Muda. Turut hadir pada majlis tersebut ialah PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Dr. Rostam bin Mustaffa, Training Provider dari Syarikat Mentic Holdings Sdn. Bhd, PPP Azahari bin Malim dan Insp Azmir bin Saari selaku penyelaras program serta kakitangan PRP Kuala Muda.