Pada 4 September 2024 (Rabu), telah dilaksanakan Program Khidmat Masyarakat di Taman TUMBINA Bintulu anjuran AKRAB dan Unit Psikologi Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini melibatkan seramai 30 kakitangan institusi, 5 kakitangan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Bintulu serta 10 OBB/ ODP Bintulu. Program juga turut disertai dan dimeriahkan dengan kehadiran PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Antara pengisian program adalah gotong-royong membersihkan dan menceriakan sekitar taman tersebut dengan objektif meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan kakitangan institusi selain memupuk semangat bekerjasama dan hubungan dalam komuniti tanpa mengira agama dan bangsa disamping dapat membina kepercayaan serta keyakinan bagi prospek yang terlibat dalam program komuniti. Program telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.