| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Kewangan Oleh Jabatan Insolvensi Taiping Di Pusat Koreksional Kamunting

30 Ogos 24 (Jumaat) Unit AKRAB Pusat Koreksional Kamunting dengan kerjasama Jabatan Insolvensi Taiping telah menganjurkan Kursus integriti dalam pengurusan kewangan bertempat di bilik mesyuarat Delima Pusat Koreksional Kamunting. 3 Penceramah jemputan dari Jabatan Insolvensi Taiping iaitu Puan Wahetzatul Farlin binti Wahizan, Rasyidi bin Ramli dan Mazakiah binti Mat Din telah menyampaikan ceramah kepada 15 peserta kursus.

Penceramah disambut oleh PP Mahadevan A/L karuppan bersama En Muhammad Rasyid bin Mohd Sidek (Peg psikologi) , Pn Saliza binti Mohd Otman ( Peg kewangan) Insp Kumaran A/L Derasigamoney (Peg Latihan) Dan Insp Surendran A/L Mannan (Peg KYKO).
Tujuan Kursus adalah sebagai pendedahan kepada fungsi dan peranan jabatan insolvensi serta pengurusan kewangan peribadi.