Pada 29 Ogos 2024 jam lebih kurang 10.00 pagi, telah diadakan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Haro Kemerdekaan ke 67 Tahun 2024 bertempat di Perkarangan Tempat Jumpa Penjara Lahad Datu yang melibatkan seramai (05) OBB.
Pelaksanaan pelepasan ini dilaksanakan secara serentak di seluruh institusi Penjara Malaysia. Bersempena dengan Program PBSL Ihsan Madani ini, seramai 05 OBB Penjara Lahad Datu telah dibebaskan secara lesen.
Majlis Pelepasan OBB ini telah disempurnakan oleh PKK Nazarman bin Haidzir Pengarah Penjara Lahad Datu dengan majlis ringkas serahan OBB kepada wakil keluarga beserta dokumen yang berkaitan.