27 OGOS 2024 (Selasa) – Bertempat Di Dewan Terbuka Penjara Bentong telah diadakan Program Gotong Royong Perdana Sempena Bulan Kemerdekaan Dan Pesta Buah Buahan Tempatan yang dianjur bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Bentong, Pride Mini Market, Persiap Cawangan Penjara Betong dan Kafeteria Sri Mempaga.
Program bermula dengan aktiviti gotong royong yang melibatkan pembersihan di sekitar kawasan perumahan kakitangan penjara Bentong dan diakhiri dengan Pesta Buah-Buahan Tempatan. Sebanyak 1.1 Tan Buah durian dan pelbagai buah buahan tempatan lain disediakan. Pesta buah-buahan tempatan ini merupakan antara salah satu acara yang sering dinantikan oleh kakitangan apabila munculnya musim buah.
Penganjuran pesta ini dilihat mampu memberi impak positif dari aspek kemahiran bersosial di kalangan kakitangan dan keluarga serta menjadi platform yang terbaik dalam memberi pengetahuan tentang buah-buahan tempatan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan. Turut hadir pada Program ini PKK Jorennedy Sylvester Timbalan Pengarah Penjara Bentong, PP Saiful Bin Mohamad dan TPP Muhammad Amin Bin Rosli.