Pada 25 Ogos 2024, Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri Tahun 2024 (Bola Tampar) telah disempurnakan oleh TKP Zainah binti Pardi, Pengarah Penjara Negeri Kedah bertempat di Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia, YBhg. TKP Dato’ Abu Hassan bin Hussain, Pengarah Penjara Negeri Pahang, TKP Aminon bin Adnan, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, TKP Charin Promwitchit a/l Chem, Pengarah Penjara Negeri Perak, Pengarah-Pengarah Negeri, Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Kedah dan Perlis, Bendahari Kehormat Majlis Sukan Penjara Malaysia (MSPM), dan Setiausaha Kehormat MSPM.
Kejohanan ini bermula pada 23 hingga 25 Ogos 2024 dengan penyertaan melibatkan (11) Pasukan Bola Tampar kategori lelaki dan (7) Pasukan Bola Tampar kategori wanita yang terdiri daripada 270 orang peserta lelaki dan wanita.
Keputusan perlawanan bagi kategori lelaki:
Johan - Negeri Sabah
Naib Johan - Negeri Johor
Ketiga bersama - Negeri Perak dan Negeri Selangor.
Bagi kategori wanita:
Johan - Negeri Selangor
Naib Johan - Negeri Kedah
Ketiga bersama - Negeri Pulau Pinang dan Negeri Johor.
Kejohanan seperti ini merupakan wadah untuk memupuk budaya bersukan di kalangan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Pendedahan seperti ini perlu dilaksanakan berterusan supaya impaknya nanti dikecapi dan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan serta melahirkan atlet yang berpotensi dan hebat.