Pada 18 Ogos 2024 hingga 22 Ogos 2024, seramai (25) ODS telah menyertai Program Latihan Madani Scope Fasa Pertama Tahun 2024 (Kursus Basic Cookery And Appetizers) yang dianjurkan oleh HRD Corp (Kementerian Sumber Manusia) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Syarikat Akademi Presma Sdn Bhd manakala (10) ODS telah menyertai Kursus Mengetuk dan Mengecat anjuran Pusat Giat MARA Jitra yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tenaga pengajar untuk kursus Basic Cookery ialah En. Muhammad Azrie Husainy, Cik Nazihah binti Yusop dan Cik Nur Lydia binti Adzman. Manakala Encik Ahmad Bakri bin Desa dan Encik Muhammad Shazmin bin Hasidi pula ialah tenaga pengajar Kursus Mengetuk dan Mengecat. Dalam kursus tersebut, ODS telah didedahkan dengan asas-asas membuat biskut dan asas-asas untuk mengetuk dan mengecat kereta. Majlis penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta kursus telah diadakan pada 22 Ogos 2024 di Dewan PRP Kuala Muda dan telah disempurnakan oleh PKP Shaharudin Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah PP Abd Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintergrasi Kuala Muda, PPP Wirat A/L Eh Won, Timbalan Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Insp Azmir bin Saari selaku penyelaras program serta kakitangan PRP Kuala Muda.