Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Kakitangan Penjara Kajang telah diadakan pada hari Khamis, 15 Ogos 2024 bertempat di Masjid Jabatan Penjara. Kursus ini adalah jalinan kerjasama antara Unit Agama dan Unit Latihan Penjara Kajang. Peserta kursus di berikan pendedahan berkenaan kaedah pengurusan jenazah seperti memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, solat jenazah dan mengebumikan jenazah. Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Azahar Bin Mohammad, Pegawai Agama di Jabatan Perkhidmatan Awam. Seramai 30 orang kakitangan menyertai kursus ini.