Lawatan Penanda Aras Program Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang telah diadakan pada hari Jumaat, 23 Ogos 2024 bermula jam 9.30 pagi. Program lawatan ini dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara Mohd Haniff bin Che Omar, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam bersama al-Fadhil Us Muhammad Ilyas Bin Khairi, Ketua Unit Agama PKPA dan diiringi oleh Penolong Komisioner Penjara Muhammad Khalid Bin Muhammad, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan & Pemasyarakatan, Penjara Kajang. Pusat Koreksional Puncak Alam berhasrat untuk mewujudkan program tahfiz sebagai salah satu inisiatif di dalam program pemulihan sejajar dengan hasrat jabatan untuk memberi peluang kedua dan melahirkan modal insan yang dapat memberi nilai tambah kepada agama, bangsa dan negara. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perlaksanaan Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang. Sesi taklimat berkenaan pelaksanaan kelas tahfiz disampaikan oleh al-Fadhil Us Wan Khairuddin Bin Wan Mahmood selaku penyelaras Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang.