Pada 15 Ogos 2024 (Khamis), Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. Dato’ Seri Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah KP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Penolong Kanan Dasar Kepenjaraan, KP Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Korektif, Jabatan Penjara Malaysia, dan TKP Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Sarawak. Ini merupakan lawatan kerja pertama beliau ke institusi ini selepas menerajui tampuk kepimpinan Jabatan Penjara Malaysia. Lawatan ini dimulakan dengan melawat Bengkel Perusahaan (Songket) dan sekaligus telah menyempurnakan perasmian pengoperasian bengkel tersebut. Selain itu, beliau telah melakukan gimik penanaman pokok sebagai simbolik Program Terapi Hijau Penjara. Sebelum lawatan berakhir, beliau telah dijemput untuk sesi bergambar dan diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan.