29 Julai 2024 (isnin). Penjara Reman Pulau Pinang telah menerima Lawatan Kerja Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, YBhg. KJP Dato’ Seri Haji Nordin Bin Haji Muhamad. Lawatan tersebut turut dihadiri YDH. PKK Fayrouz Bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, YDH. PKK Mahazair Bin Che Daud, Pengarah Penjara Seberang Perai, YDH. PKP Ahmad Kamarrudin Bin Yaacob, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang serta warga kerja Penjara Reman Pulau Pinang. YBhg. Datuk telah dibawa melawat dalam kawasan penjara dan diberikan taklimat ringkas di bilik mesyuarat Penjara Reman Pulau Pinang oleh Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.