Pada 31 Julai 2024, seramai (50) Orang Diselia Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda telah menyertai program Mobile Treatment Recovery (MRT) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah cawangan Kuala Muda diketuai oleh Encik Zainal Abidin bin Ismail bersama (6) penolong pegawai AADK. Turut hadir pada program tersebut PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, PPP Wirat a/l Eeh Won, Timbalan Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, INSP Azmir bin Saari serta (2) anggota lain-lain pangkat. Tujuan program diadakan adalah untuk membantu Orang Diselia supaya tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah apabila dibebaskan kelak.