Pada 28 Julai 2024 hingga 1 Ogos 2024, seramai (25) ODS telah menyertai Program Latihan Madani Scope Fasa Pertama Tahun 2024(Kursus Certificate in Reflexology) yang dianjurkan oleh HRD Corp (Kementerian Sumber Manusia) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Intergrated Wellness Academy telah berjaya dilaksanakan. Tenaga pengajar kursus tersebut ialah Dr. Baskaran a/l Kosthi dari Intergrated Wellness Academy. Dalam kursus tersebut, ODS telah didedahkan dengan asas-asas urutan refleksologi (tapak kaki). Majlis Penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta kursus telah diadakan pada 1 Ogos 2024 di Dewan PRP Kuala Muda oleh PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda. Turut hadir pada majlis tersebut ialah PPP Wirat A/L Eeh Won, Penolong Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, KIP Mohd Azhan bin Jaudin, Pegawai Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah dan INSP Azmir bin Shaari selaku penyelaras program.