Pada 31 Julai 2024 (Rabu), telah diadakan Program Derma Darah 2.0 anjuran Unit Rawatan dan AKRAB Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dengan kerjasama 11 orang kakitangan Unit Tabung Darah Hospital Bintulu. Seramai 28 orang kakitangan dan ahli PERSIAP institusi ini telah berjaya menderma darah pada kali ini. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan di peringkat institusi dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah dan mengamalkan gaya hidup sihat, serta menyemai sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari.