Pada 27 Julai 2024 (Sabtu), jam 03.30 petang, Majlis Perasmian MyPride Fair 2024 Zon Sarawak telah diadakan di Permy Mall Miri, Sarawak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Tuan Chiew Choon Man, Ahli Parlimen P.219 Miri. Turut hadir pada Majlis Perasmian tersebut KP Hafidz Bin Othman, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan IPPM, TKP Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua-ketua institusi Penjara Negeri Sarawak, Ketua-ketua agensi kerajaan daerah Miri, pegawai-pegawai kanan dan tetamu jemputan.
Aturcara majlis telah dimulakan dengan tarian sambut tamu, persembahan tarian kebudayaan daripada Kumpulan Tigang Madang, gimik perasmian dan lawatan ke tapak MyPride Fair. Dalam usaha merealisasikan hasrat Jabatan Penjara Malaysia 'Memperkasakan Pemulihan Pesalah Dalam Komuniti’, Jabatan Penjara Malaysia, Program Mypride Fair 2024 Zon Sarawak diadakan selama 7 hari bermula 25 Julai 2024 - 31 Julai 2024 bertempat di Permy Mall, Miri Sarawak. Program Mypride Fair ini menghimpunkan produk - produk vokasional dan industri yang dihasilkan sendiri oleh prospek yang sedang mengikuti Program Pemulihan Fasa III di Penjara Negeri Sarawak.