| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Barista & Social Enterpreneurship Training With University Students (Baristart) Bersama Orang Diselia (ODS) Dan Kakitangan Di Penjara Dusun Dato’ Murad

Pada 29 Julai 2024 (Isnin), institusi ini dengan kerjasama Pusat Pembangunan Usahawan dan Teknousahawan (CREATE) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Melaka telah menganjurkan Barista & Social Enterpreneurship Training with University Students (BARISTART) bersama Orang DiSelia (ODS) dan kakitangan di Dataran Agro, Dusun Dato’ Murad.

Seramai (25) Orang DiSelia (ODS) dan (10) kakitangan telah mengikuti kursus ini yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Isma Addi bin Jumbri, Pengarah Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawan - CREATE, YBrs. Ts. Dr. Nurul Hanim binti Razak, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, YBrs. Ts. Dr. Hafidzal bin Mohd Hanafi, Penyelaras Pusat Pembangunan Kolaborasi RICE daripada Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTEM), Encik Albert Feisal@Muhd Feisal bin Ismail, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan dan Puan Siti Rohana binti Omar, Ketua Bahagian Pusat Alam Sekitar Pintar – CENCEi.

Peserta kursus telah didedahkan secara teori berkaitan cara membuat duit dengan minyak masak dan hampas kopi serta kaedah pemasaran sabun kopi. Selain itu, peserta kursus juga telah menjalani praktikal berkaitan cara pembuatan sabun kopi.