Pada 30 Julai 2024 (Selasa) - Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Negeri Sembilan bagi bulan Julai 2024 telah diadakan di Dewan Wawasan Penjara Seremban. Majlis disempurnakan oleh YDH PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi, Pengarah Negeri Penjara Negeri Sembilan, turut hadir PKP Hasrul Anwar Bin Hasim Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan, PP Muhamad Naim Bin Haji Amir Penolong Penguasa Penjara Seremban serta Pegawai kanan anggota dan kakitangan Awam Penjara Negeri Sembilan.
Perbarisan diketuai oleh TPP Mohamad Rosmanizam Bin Roslan, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Seremban dan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Faizal Bin Md Akhir. Seramai 20 pegawai kanan 50 anggota lain –lain pangkat dan 18 pegawai awam hadir dalam majlis tersebut. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada (10) penerima yang terdiri daripada (1) Inseptor Penjara (6) orang koperal Penjara dan (3) kenaikan pangkat pegawai awam. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDH PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi Pengarah Penjara Negeri Sembilan, sesi bergambar dan diakhiri dengan jamuan makan.