| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Konsulat Jenderal Republik Indonesia Ke Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 23 Julai 2024 (Selasa), pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah mengadakan lawatan ke Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA yang telah diwakili seramai 4 orang iaitu R.Sigit Witjaksono (Konsul Jenderal RI), Yasfitha F. Murthias (Konsul/ PF Konsuler 1), Sonny Jaya Muslihat (Staf KJRI), dan Firman Wahyudin (Staf KJRI). Lawatan ini telah disambut oleh PP Hasbullah bin Berahim, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengadakan sesi perjumpaan dan wawancara bersama semua banduan warganegara Indonesia bagi mendengar permasalahan dan membincangkan pelbagai isu. Seramai 148 orang banduan warganegara Indonesia telah terlibat pada kali ini. Lawatan yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.