25 Julai 2024 | Khamis - Unit Vokasional Industri Penjara Bentong telah menganjurkan Kursus Modular (Kulinari). Kursus ini dijalankan di Pusat Vokasional Industri (Pastri), Penjara Bentong yang melibatkan seramai 30 orang prospek yang terdiri daripada prospek dari fasa 2 dan fasa 3. Kursus ini juga adalah Kerjasama Bersama Kolej Yayasan Felda Pahang (KYFP). Dalam kursus ini prospek diberi latihan secara praktikal oleh tenaga pengajar dari Kolej Yayasan Felda Pahang (KYFP) yang diketuai oleh chef Ahmad Fikri Bin Abdul Razak dan chef Muhammad Amiruddin Bin Abu Bakar.
Antara Objektif kursus adalah Memberi pendedahan dan pengetahuan secara langsung kepada prospek mengenai cara penyediaan menu pastri yang diajar iaitu pembuatan nugget ayam, Sheperd’s Pie dan sos. Melalui kursus ini dapat memberi pengetahuan yang berguna kepada prospek dan menjadi bekalan persediaan apabila bebas dan memberi Kemahiran kepada mereka bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaan sebenar selaras dengan dasar TVET. Kursus ini diakhiri dengan penyerahan sijil kepada peserta oleh oleh chef Ahmad Fikri Bin Abdul Razak dan sesi bergambar.