RABU , 24 JULAI 2024 – Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang telah melaksanakan Program Advokasi Wanita Sejahtera Iris Dan Matahari yang bertempat di Dewan At-Tarbiyah Penjara Bentong, Pahang. Seramai 150 orang prospek yang terdiri daripada prospek Wanita telah hadir untuk menjayakan Program ini.
Program IRIS diberi nafas baru di mana dahulunya dikenali Legal Clinic. IRIS merujuk kepada program literasi perundangan dan hak Wanita. Manakala program Matahari yang dahulunya dikenali sebagai De’stress Clinic berfungsi membantu Masyarakat khususnya Wanita untuk memahami aspek Kesihatan mental dan kaedah mengendalinya.
Sesi dimulakan dengan slot pertama iaitu Slot Matahari ceramah yang bertajuk ‘Kalau Sudah Baik, Jadi Semakin Baik yang disampaikan oleh Tuan Ahmad Fadzli Bin Ab Aziz, Kaunselor Berdaftar & Pengasas Bijak Emosi. Seterusnya program diteruskan dengan Slot kedua iaitu Slot IRIS Ceramah ‘Anti Gangguan Seksual : Apa Perlu Kita Tahu Sekiranya Diganggu?’ yang disampaikan oleh Coach Airol Irwan dari Pro Rev Consultancy & Services.
Majlis Perasmian Penutupan Program telah dirasmikan oleh TPP Nor Azimah Binti Abdul Hamid turut hadir Puan Norasniza Nadia Binti Abidin Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang.