Pada 23 Julai 2024 (Selasa) - Bertempat di dewan Wawasan Penjara Seremban telah berlangsung pertandingan Program Suara Dari Lembah Harapan Zon Tengah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Penjara Malaysia.
Sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu Deklamasi sajak (Solo), Baca Naskah (Solo) , Lagu Puisi (berkumpulan) dan teater. Seramai 32 peserta daripada 5 institusi telah mengambil bahagian dalam pertandingan iaitu Penjara Seremban (7) peserta prospek selaku Tuan Rumah Program, Institusi Pemulihan Dadah (IPD) Jelebu (4) peserta prospek, Penjara Kajang (10) orang peserta prospek, Penjara Wanita Kajang (8) orang prospek dan Pusat Koreksional Puncak Alam (8) orang peserta prospek.
Tiga orang juri dari Dewan Bahasa dan Pustaka telah terlibat dalam proses penjurian iaitu En Aris bin Othman, En A. Wahab Bin Hamzah, En Zaidi Bin Omar. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh PKK Ahmad Mustaqim Bin Che Bisi Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih atas usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan ini berlangsung.