Sambutan Maal Hijrah Peringkat Prospek Penjara Kajang 1446H/2024M telah diadakan pada hari Selasa, 23 Julai 2024 bermula jam 9.00 pagi di Surau at-Taqwa, Penjara Kajang. Program dimulakan dengan persembahan bacaan ayat suci al-Quran dan diteruskan dengan ceramah bertajuk ‘Hijrah Menggapai Mardhatillah’ yang disampaikan oleh Y.A.D. Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, S.S. Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor. Program turut diserikan lagi dengan kehadiran TKP Preshahdin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang, PP Mohd Fairoz Bin S Daly, Ketua Seksyen Keselamatan dan Inteligen Penjara Kajang, TPP Muhammad Faris Bin Rusli, Ketua Seksyen Pemulihan Penjara Kajang dan Us Mohammad Hafiz Bin Bakren, Ketua Unit Agama Penjara Kajang. Program diakhiri dengan persembahan qasidah, sesi penyampaian cenderahati dan jamuan. Seramai 150 orang prospek bersama dalam program ini. Turut serta dalam program ini ialah 20 orang prospek yang mengikuti Kelas Tahfiz Khairul Ummah Penjara Kajang.