Pada 17 Julai 2024 (Rabu), institusi ini telah mengadakan Program Intervensi Psikoterapi/ Psikopendidikan sempena Bulan Kaunseling Penghuni Jabatan Penjara Malaysia Zon Sarawak 2024 bertempat di Klinik Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dengan melibatkan seramai 30 orang prospek. Antara pengisian program ialah Aktiviti Dalam Kumpulan (Terapi Kelompok), Ceramah: Self-Kendiri dan Ceramah: Kaunseling Untuk Kesejahteraan yang telah disampaikan oleh Encik Haire bin Mohamad Kadari, Pegawai Psikologi daripada Penjara Pusat Sri Aman. Matlamat program ini diadakan adalah untuk membina dan mengukuhkan potensi diri penghuni melalui pendekatan psikologi dan kaunseling, meningkatkan kualiti diri dari aspek emosi, kognitif dan tingkah laku, serta memperkasakan kualiti kesihatan dan kesejahteraan mental individu, organisasi dan prospek. Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.