Pada 18 Julai 2024 (Khamis) - Satu Program Kolabarasi anjuran surau Al-Jamiah Penjara Seremban berkerjasama antara Persatuan Isteri, anak & anggota serta kakitangan wanita Penjara (PERSIAP) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Penjara Seremban bertempat di perkarangan Surau Al-Jamiah.
Majlis dimulakan dengan aktiviti gotong-royong penyedian juadah bubur asyura oleh kakitangan dan PERSIAP. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dihormati PKP Sharil Bin Basir, Pengarah Penjara Seremban serta Puan Zarina Binti Ab Ghani selaku pengerusi Persiap Seremban turut sama-sama dalam aktiviti penyediaan juadah bubur asyura. Seterusnya , Pengarah Penjara Seremban dan Pengerusi PERSIAP meluangkan masa dalam sesi penyerahan juadah berkenaan kepada seluruh kakitangan dan isteri-isteri. Majlis diteruskan lagi pada sebelah malam dengan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Ustaz Muhammad Rozi Bin Harun bertajuk Hijrah Umat Madani sementara.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada ustaz dan jamuan makan. Majlis berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan oleh kakitangan serta keluarga. Justeru itu, program ini dapat mengeratkan ukuhwah silaraturahim sesama kakitangan dan ahli PERSIAP.