16 Julai 2024 (Selasa) – Bertempat di dewan perdana kompleks Penjara Bentong telah berlangsungnya Pertandingan Program Suara Dari Lembah Harapan Zon Timur anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.
Sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu Deklamasi Sajak, Lagu Puisi, Baca Naskah dan Teater. Seramai 41 peserta daripada 5 institusi telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini iaitu Penjara Bentong (10 peserta), Penjara Marang (10 peserta), Penjara Pengkalan Chepa (8 peserta), Penjara Penor (3 peserta) dan PPA Machang (10 peserta).
Tiga orang juri dari Dewan Bahasa dan Pustaka telah terlibat dalam proses penjurian iaitu En. Aris Othman, En. Abdul Wahab bin Hamzah dan En. Zaidi Bin Omar. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh PKK Jorennedy Sylvester Timbalan Pengarah Penjara Bentong .
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih atas usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan ini berlangsung.