Pada 15 Julai 2024 (Isnin), Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi Jabatan Penjara Malaysia bersama Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara dan Delegasi Badan Kehakiman telah diadakan di Pusat Koreksional Johor Bahru. Ketibaan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara bersama Delegasi Badan Kehakiman telah disambut oleh YBrs. KP Hafidz bin Othman, Pengarah Pengurusan Banduan IPPM, TKP Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Johor serta semua Ketua Institusi Penjara Negeri Johor. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar, sesi menandatangani buku lawatan rasmi, taklimat pengoperasian Pusat Koreksional Johor Bahru oleh PKP Helmi Bin Abd Zamani, Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, Perasmian SAF Kafe Pusat Koreksional Johor Bahru dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata.