Pada 1 Julai 2024 hingga 4 Julai 2024, seramai (20) ODS telah menyertai Program Reben Kuning (Kursus Pembaikan Motosikal) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah berjaya dilaksanakan. Tenaga pengajar terdiri daripada kakitangan IKBN Jitra diketuai oleh Encik Shukri bin Jenal bersama (6) tenaga pengajar telah terlibat dalam program tersebut. Para ODS telah didedahkan dengan asas-asas pembaikan motosikal sepanjang kursus ini berlangsung. Majlis Perasmian Penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 telah diadakan pada 4 Julai 2024 jam 12.00 tengahari di Dewan PRP Kuala Muda. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Dr. Mohammad Zaini bin Mohamud, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda serta wakil-wakil agensi yang berkaitan.