| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Badminton Penjara Sarawak 2024

Pada 29 - 30 Jun 2024, telah diadakan Kejohanan Badminton Penjara Sarawak 2024 anjuran Kelab Sukan Penjara Sarawak dan telah dikelolakan oleh Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Kejohanan ini telah dilangsungkan di C & L (Kemena) Sport Centre, Bintulu. Sebanyak 7 pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini iaitu Pejabat Pengarah Penjara Sarawak, Penjara Puncak Borneo, Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu, Penjara Pusat Miri, Penjara Limbang dan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dengan mempertandingkan 4 kategori pertandingan iaitu Beregu Pegawai Kanan, Beregu Lelaki Terbuka, Beregu Lelaki Veteren, dan Beregu Campuran. Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Badminton Penjara Sarawak 2024 telah disempurnakan oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu merangkap Pengerusi Pengelola kojohanan edisi kali ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran PP Rahim bin Buji, wakil daripada Pejabat Pengarah Penjara Sarawak dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Sarawak. Kejohanan ini merupakan platform untuk mencungkil bakat kakitangan dalam sukan badminton, mengeratkan hubungan silaturrahim, malahirkan kakitangan yang cergas dan juga pemilihan pemain yang akan mewakili Penjara Sarawak dalam kejohanan badminton peringkat Jabatan Penjara Malaysia yang akan diadakan pada bulan Julai 2024.