| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah & Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Johor Dan Pengarah Penjara Kluang

03 Julai 2024 | Rabu, Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Penjara Negeri Johor diantara TKP Meor Azizi Sapawi bin Ahmad Sepuan kepada TKP Mohamad bin Ismail serta Pengarah Penjara Kluang di antara TKP Rosman Bin Norman@Normin kepada TKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin telah berlangsung di Rumah Kelab Penjara Kluang, Johor. Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa Pengarah Penjara Negeri Johor dan  Pengarah Penjara Kluang ini telah disaksikan oleh Yang Berusaha KP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Institusi Penjara Johor, pegawai dan kakitangan serta warga kerja Penjara Negeri Johor.