| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Modular (Plan Booster & Kawalan Musuh Tanaman) Anjuran Pusat Vokasional Industri Bentong Pahang 2024

27 Jun 2024 | Rabu Unit Vokasional Industri Penjara Bentong telah menganjurkan Kursus Modular (Plan Booster & Kawalan Musuh Tanaman) SLDN. Kursus ini telah dijalankan di kebun luar, Penjara Bentong yang melibatkan seramai 32 orang prospek yang terdiri daripada prospek dari fasa 2 dan fasa 3. Kursus ini juga adalah Kerjasama Bersama Pejabat Pertanian Daerah Bentong dan Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang diketuai oleh Puan Salimatun Bahiyatul Amira Binti Massador Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Antara Objektif kursus adalah Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada prospek berkenaan cara untuk mengenalpasti perosak dan penyakit utama pada tanaman dan memahami kaedah-kaedah kawalan perosak secara bersepadu bagi tanaman. Selain itu prospek juga dapat mempelajari tentang gabungan bahan-bahan semulajadi bersama mikroorganisma berfaedah yang memberi kesan keatas pertumbuhan, membaik pulih dan meningkatkan hasil tanaman. Kursus ini diakhiri dengan penyerahan sijil kepada peserta oleh PKK Jorennedy Sylvester Timbalan Pengarah Penjara Bentong dan sesi bergambar.