Pada 25 Jun 2024 (Selasa), institusi ini telah mengadakan Kursus Modular Penghuni: Teknik Asas Fertigasi (Tanaman Cili) dan Hidroponik (Tanaman Sayuran) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Gasan anak Gani yang mempunyai pengalaman 30 tahun mengajar dalam bidang pertanian di Sarawak. Seramai 25 orang telah hadir dalam ceramah tersebut iaitu 5 orang kakitangan dan 20 orang prospek (Fasa 2). Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan agronomi tanaman cili secara fertigasi dan tanaman sayur secara hidroponik. Kursus telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.