| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Modular (Keselamatan Makanan) Pusat Vokasional Industri Bentong Pahang 2024

Kursus Modular (Keselamatan Makanan) Pusat Vokasional Industri Bentong Pahang 2024 26 Jun 2024 | Selasa Unit Vokasional Industri Penjara Bentong telah menganjurkan Kursus Modular (Keselamatan Makanan) SLDN. Kursus ini dijalankan di Pusat Vokasional Industri (Pastri), Penjara Bentong yang melibatkan seramai 40 orang prospek yang terdiri daripada prospek dari fasa 2 dan fasa 3. Kursus ini juga adalah Kerjasama Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Bentong yang diketuai oleh Puan Koh Wan Yung Pegawai Teknologi Makanan. Antara Objektif kursus adalah Memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan keselamatan makanan yang diproses dan pensijilan atau standard berkaitan. Selain itu prospek juga dapat Mengetahui sumber pencemaran makanan dan kaedah pengendalian makanan yang betul serta mengetahui ciri-ciri produk yang berkualiti. Kursus ini diakhiri dengan penyerahan sijil kepada peserta oleh Puan Koh Wan Yung Pegawai Teknologi Makanan Daerah Bentong dan sesi bergambar.