Pada 20 Jun 2024, Delegasi Kehakiman yang diketuai oleh YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan telah mengadakan lawatan ke Galeri Mypride Johor Bahru. Turut hadir menjayakan program YA Dato’ Abu Bakar Bin Katar, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Delegasi lawatan telah disambut oleh PKK Walace anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor dan PKP Helmi Bin Abd Zamani, Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru.