Pada 19 Jun 2024, Pusat Reintegrasi Penghuni Kluang telah menganjurkan Program Ibadah Korban Peringkat ODS. Seramai (14) ODS telah menyertai program ini. Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ODS menyertai bahagian korban dan melaksanakan tuntutan ibadah sempena sambutan Aidiladha. Turut hadir menjayakan program TKP Meor Azizi sapawi bin Hj Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor, Ustaz Hj Anwar wakil dari Pejabat Agama Kluang dan kakitangan PRP Kluang.