| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Mengenai Integriti Dan Keinsafan Kolaborasi Di Antara Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(Kwsp) Negeri Kedah

Pada 13 Jun 2024 (Khamis), telah berlangsung Program Outreach dan Integriti bertempat di Ballroom Hotel Raia Alor Setar, Kedah melibatkan Parol Negeri Kedah dan Orang Diparol(ODP). Antara pengisian program tersebut ialah perkongsian mengenai pengalaman semasa dalam Perintah Parol oleh bekas ODP kepada peserta yang hadir. PPN Kedah dan Penjara Pokok Sena telah mengadakan pameran, jualan dan taklimat mengenai Sistem Kepenjaraan. Program ini telah dihadiri seramai 250 orang peserta terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan seperi SPRM, Kastam dan lain-lain agensi. PKP Shaharudin bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah, PKP Mohd Sabri bin Md Arshad Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, PP Muhammad Azrul bin Azizi , Ketua Bahagian Parol Kedah dan Pegawai Parol Negeri Kedah turut hadir bagi menjayakan program ini. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Ahmad Badri Bin Mohd, Pengerusi KWSP Malaysia.